Monday, September 21, 2009

Eid Mubarak To All Muslims Friends



Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya AidilFitri...Sepuloh jari ku susun ampun dan maaf dipinta...Maaf sekali lagi andai kata tak terpost baru nya resepi atau Kookies.. kerana Ku sedikit sibuk kebelakangan ini... Andai diberikan waktu akan ku isi kan masa disini...

Dengan itu Kita jumpa l;agi, dilain masa...

Sunday, July 19, 2009

Acar Telor Burung



Bahannya:


10 Biji Telor Burung - Rebus dan dikupas kulit nya
2 batang timun - buang hati nya dan hiris kecil-kecil
1 batang lobak merah - dihiris kecil-kecil
5 batang chilli padi merah dan hijau - buang ekor nya
5 biji bawang merah kecil - kupas kulit nya
5 biji bawang putih - kupas kulit nya

Bahan untuk ditumis:-

3 batang lada merah*
2biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
Sedikit kunyit basah*
1 suduteh kunyit serbuk
4 biji buah keras -direndam sebentar*
Cuka dan gula secukup nya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Timun dan lobak digaul dgn garam dan diramas seketika. Bila sudah sebati dalam masa 20 min, buang air nya.
Kisar semua * sampai halus dgn sedikit air.
Panaskan Minyak dan tumis bahan yang dikisar dgn masukkan serbuk kunyit sekali. Sampai wangi dan sebati.
Masukkan bawang merahkecil, bawang putih dan chillipadi. Gaul sehingga rata.
Masukkan Telor dan kacau lagi.
Diikuti dengan cuka dan gula, kacau lagi dan biarkan ia nya mendidih dgn api kecil.
Masukkan timun dan lobak kedalam rempah dan kacau sehinnga sebati...
Bila sudah masak matikan api...

P/s: kalau suka boleh tambah bijan..Saya tak masukkan kerana saya tidak suka...:-)

Saturday, July 18, 2009

Beef Chop


Assalammualaikum..
Alhamdullilah kerana ini adalah rumah kedua MamaElla...
Hari ini Mama mmmembuat Beef Chop...Dan ia disajikan dgn Telor Mata lembu, Timun, Daun dan buah tomato..Tidak dilupakan baked bean...
Ini adalah hidangan yang Mama buat untuk keluarga Mama...Syukur mereka amat gemari...:-)