Sunday, July 19, 2009

Acar Telor Burung



Bahannya:


10 Biji Telor Burung - Rebus dan dikupas kulit nya
2 batang timun - buang hati nya dan hiris kecil-kecil
1 batang lobak merah - dihiris kecil-kecil
5 batang chilli padi merah dan hijau - buang ekor nya
5 biji bawang merah kecil - kupas kulit nya
5 biji bawang putih - kupas kulit nya

Bahan untuk ditumis:-

3 batang lada merah*
2biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
Sedikit kunyit basah*
1 suduteh kunyit serbuk
4 biji buah keras -direndam sebentar*
Cuka dan gula secukup nya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Timun dan lobak digaul dgn garam dan diramas seketika. Bila sudah sebati dalam masa 20 min, buang air nya.
Kisar semua * sampai halus dgn sedikit air.
Panaskan Minyak dan tumis bahan yang dikisar dgn masukkan serbuk kunyit sekali. Sampai wangi dan sebati.
Masukkan bawang merahkecil, bawang putih dan chillipadi. Gaul sehingga rata.
Masukkan Telor dan kacau lagi.
Diikuti dengan cuka dan gula, kacau lagi dan biarkan ia nya mendidih dgn api kecil.
Masukkan timun dan lobak kedalam rempah dan kacau sehinnga sebati...
Bila sudah masak matikan api...

P/s: kalau suka boleh tambah bijan..Saya tak masukkan kerana saya tidak suka...:-)

2 comments:

  1. salam Mama, wah dah pindah rumah baru ya...so actually apa sebabnya ya? Habis FP mama tu masih ada lagilah ya? Semalam, my blog pun tak boleh upload lagi..malam2 kul 12 baru boleh, and now dah tak boleh balik..ee geram..

    ReplyDelete
  2. wah kalau saya buat ni, berbunga-bunga hati budak lelaki besor tu... malang bininya malas, hihi :)

    ReplyDelete